Duit seringgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit lalu bertanya...
RM1 : Oit,lama x nampak,mana kau pergi?
RM50: Aku pergi merata tempat.pergi stadium tengok bola,naik Star Cruise,pergi Australia naik Air Asia,lepak One Utama,konsert AF,Malaysian Idol,banyak lagi lah,kau ke mana pula?
RM1 : Hmmm...biasalah.Balik-balik tempat sama,surau,masjid,surau.Dah la terkurung dalam tabung je.Kawan-kawan aku siapa lagi kalau bukan duit syiling.Kadang-kadang duit satu sen pun ada.
Pengajaran : Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat masjid.
Showing posts with label Mutiara Hati. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Hati. Show all posts
Monday, November 24, 2008
Friday, November 21, 2008
TQ
Terima Kasih kerana anda telah melawat blog ini. Secara ringkas, blog ini saya cipta untuk memenuhi hobi saya di samping mencurahkan pengetahuan kepada umum. Saya juga mengalu-alukan kiriman, pandangan, cadangan dan pendapat dari anda. Ini adalah sebagai jariah kita semasa hidup. "Ketahuilah ! Bahawa selepas kita meninggal dunia ini, terputuslah hubungan kita dengan dunia ini kecuali 3 perkara" yang kita bawa bersama - sama kita, iaitu :
1) Doa anak-anak yang soleh yang selalu mendoakan ibu dan bapanya.
2) Sedekah yang dijariahkan dengan hati yang ikhlas dan jujur.
3) Ilmu pengetahuan yang baik yang diajarkan (diberitahu) kepada orang lain dan diamalkan oleh mereka dan kemudian diajar pula kepada orang lain.

PERINGATAN : Pengetahuan sahaja tidak dapat mengubah diri anda. Yang penting anda perlu bertindak. Ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Amalkanlah rahsia-rahsia ini dengan tekun dan konsisten. Jika tidak dapat mengamalkannya semua amalan ini, jangan pula anda tinggalkan kesemuanya.
"SATU ILMU PENGETAHUAN YANG DIAMALKAN LEBIH BAIK DARIPADA 1000 ILMU PENGETAHUAN YANG TIDAK DIAMALKAN."
Tuesday, November 18, 2008
Pesanan
Pesan Imam AL-GHAZALI,
yang dekat itu MATI,
yang jauh itu MASA,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang indah itu SOLAT,
yang tajam itu LIDAH.......
Monday, November 17, 2008
Racun dan Ubatnya....
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)