Friday, November 21, 2008

TQ

Terima Kasih kerana anda telah melawat blog ini. Secara ringkas, blog ini saya cipta untuk memenuhi hobi saya di samping mencurahkan pengetahuan kepada umum. Saya juga mengalu-alukan kiriman, pandangan, cadangan dan pendapat dari anda. Ini adalah sebagai jariah kita semasa hidup. "Ketahuilah ! Bahawa selepas kita meninggal dunia ini, terputuslah hubungan kita dengan dunia ini kecuali 3 perkara" yang kita bawa bersama - sama kita, iaitu :

1) Doa anak-anak yang soleh yang selalu mendoakan ibu dan bapanya.
2) Sedekah yang dijariahkan dengan hati yang ikhlas dan jujur.
3) Ilmu pengetahuan yang baik yang diajarkan (diberitahu) kepada orang lain dan diamalkan oleh mereka dan kemudian diajar pula kepada orang lain.

PERINGATAN : Pengetahuan sahaja tidak dapat mengubah diri anda. Yang penting anda perlu bertindak. Ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Amalkanlah rahsia-rahsia ini dengan tekun dan konsisten. Jika tidak dapat mengamalkannya semua amalan ini, jangan pula anda tinggalkan kesemuanya.

"SATU ILMU PENGETAHUAN YANG DIAMALKAN LEBIH BAIK DARIPADA 1000 ILMU PENGETAHUAN YANG TIDAK DIAMALKAN."

No comments: